" UNION BRING BRILLIANT OPINION "

Monday, September 7, 2009

Melepas Iftar 12hb September 2009

Tarikh untuk iftar kelab outdoor aku makin dekat yakni 12 hb ni. Tapi hari ini aku dikejutkan oleh bos dengan satu tugasan. Aku disuruh outstation ikut one of my bos hari jumaat ni juga iaitu 11 hb. Aku tak leh nak kata no sebab aku kerja bawah orang. Lagipun project benda baru yang aku tak pernah tengok, so alasan aku ikut adalah untuk exposure aku juga. Nak buat macam mana dah memang aku kena belajar.

Yang aku terkilan adalah aku pasti tak dapat join budak budak outdoor aku Iftar sabtu ni. Dahlah aku dah janji ngan dia orang nak bawa kek lapis. Rasa bersalah plak kat dia orang. Tapi aku berharap sangat diaorang faham situasi aku, lagipun kebanyakannya kerja satu bumbung so mesti diaorang pun faham. I'm gonna miss u all.

Friday, September 4, 2009

Maxis Offer Maxis Reject

Aku tak faham betullah dengan maxis ni, dia offer kita services tapi dia gak reject. Apa kejadahnya macam tu....

Rabu lepas aku dapat sms dari Maxis pasal offer e-billing. So lepas sembang dengan kawan aku dia kata memang betul maxis akan tolak RM5 dalam setiap bil. So aku pun terfikirlah nak pohon.

Jadi aku me maxis terus untuk memohon services ni. Tapi kat Maxis tu staff dia just bagi aku browser dan minta aku buat sendiri menerusi internet. So aku pun baliklah ke office dan terus masuk laman maxis. Satu masalah aku ialah aku terlupa password untuk aku log in ke akaun internet maxis aku.

Jadi terpaksalah aku menelefon maxis untuk minta dia reset password dulu dan bagi aku password baru. Staff yang aku telefon tu memperkenalkan dirinya sebagai Ashraf. Setelah verify personal details aku dia pun bagi aku passsword through phone tu 123456. Tapi dia kata lepas 5 ke 10 minit baru dia suruh aku cuba log in. Aku pun tunggulah sampai 15 minit dengan harapan takde masalah sebab dah tunggu lebih dari yang diperuntukkan. Malangnya appear warning yang aku salah password. Lebih kurang 4 ke 5 kali gak lah aku try tapi tak juga berjaya. Lepas sejam aku cuba lagi tapi masih sama je jawapannya.

Aku pun menelefon maxis semula. Kali ini orang yang menjawab tu memperkenalkan diri sebagai Amin. Aku pun mengadulah masalah yang aku tak dapat log in using password that his friend give to me. Alih alih dia boleh kata...mana ada orang leh bagi password kat customer melalui telephone. Mesti diberi melalui sms. Pastu dia kata orang tu baru kerja ke. Huh suprise gak aku bila dia leh kata kawan sekerja dia macam tu kat customer. Tapi itu tak penting aku cuma na password yang membolehkan aku log in laman maxis dan seterusnya create akunye e-billing. So si Amin ni pun kata dia reset password aku dan akan hantar sms untuk password baru dalam masa 5 ke 10 minit gak. Sebelum meletakkan telefon dia tanya ada apa yang boleh dibantu lagi, tapi aku cuma kata takde sebab dia ni sebenarnya tak mesra pelanggan. Cakap pun kasar dengan customer. Mentang2 aku tak lihat muka dia. Masa tu lebih kuran jam 4 petang.

Tapi sekali lagi aku kena tipu dengan staff maxis. Sampai ke hari ini aku tak dapat password maxis tu. Jadi lepas kerja semalam jam 6 lebih aku ke maxis center sekali lagi untuk mengadu. Kali ini aku dilayan oleh seorang staff maxis kalau tak silap aku nama dia Arun. Dia perempuan erbangsa India. Dia ni baik...layan customer memang bagus. Cuam aku tak faham sampai ke aku balik dia tak dapat bagi aku password untuk log in laman maxis. Dia kata ada masalah dalam system. Dia janji kalau tak malam tu atau esoknya ada kakitangan maxis atau pun dia sendiri akan kol aku untuk menyelesaikan masalah ni.

But you want to know what happen, until now takde orang kol aku. Dari pagi aku tunggu panggilan maxis sampailah ke malam dah ni aku tulis blog ni. Kenapa Maxis macam ni, diaorang sendiri yang offer aku service tapi bila aku apply diaorang juga tak luluskan. Kalau macam ni lah jadinya maybe aku kena timbangkan untuk tukar ke celcom atau digi. makin hari makin teruk je layanan maxis ni. Sedangkan
aku bayar bil telephone aku tiap bulan tanpa tunggakkan. Dahlah aku pakai beratus ringgit tiap bulan. Belum masuk lagi maxis broadband. Huh maxis maxis.....

Wednesday, September 2, 2009

Re-born

Hello all,
Conjunction with Malaysia Day, I would like to refresh my blog. So don't forget to catch up my latest update in my blog.


Green Peace,
C2O Airborne'zzz